"Menyingkap Tabir Ramadhan" Part II



بسم اللَّه الرحمن الرحيم


[Part II]

Ramadhan..

Apakah itu Ramadhan?

Ustazah Asma' Harun explained this based on acronyms (not found in any dalil). Beliau hanya membuat akronim ini supaya kita senang untuk ingat erti 'Ramadhan'. 

 ر م ض ا ن

Ro ( ر  

' Ridwanullah ' - Redha Allah

Redha dengan Allah. Accept ibu bapa tani, cara kehidupan tani. Redha dengan rupa paras diri sendiri.. etc.

Mim ( م )

' Maghfiratullah ' - Pengampunan Allah

Pengampunan dari Allah. Orang yang sentiasa beristighfar (zikr bil jawarih). 

Bagaimana nak tahu if Allah accepts our forgiveness? 

Dia tidak pernah berhenti bertaubat kerana Allah kurniakan dia rezq untuk sentiasa bertaubat kepadaNya.


Dhod ( ض )

' Domanullah ' - Jaminan dari Allah

Domani bermaksud Jaminan. 

Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan menghitung dirinya dengan iman dan bermuhasabah, Allah akan mengampunkan dosanya yang lalu. Jangan 'me-muhasabahkan' orang lain jika belum memuhasabahkan diri sendiri dulu.

Alif ( ا )

' Alifatullah ' - Kemesraan Allah

Kelembutan Allah.

Allah sangat sayang, kasih dan sangat lemah lembut dengan tani.

Allah sangat lembut dengan makhluknya even if seseorang itu berdoa dengan tidak khusyuk (bermain2), apatah lagi jika seseorang itu berdoa dengan penuh khusyuk.

Sayangnya Allah kepada tani.

That is why Ramadhan is a healing process. Whenever Ramadhan is approaching, manusia pun sibuk untuk mempersiapkan dirinya untuk menyambut Ramadhan. 

Ahlan wa Sahlan Ramadhan.

Allahumma ballighna Ramadhan. Oh Allah, let us reach the month of Ramadhan. Aamiin ya Rabb.

Nun ( ن 

' Nikmatullah ' - Nikmat dari Allah

Indeed, nikmat Allah itu sangat luas.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Q.S. Ibrahim:7)

Wanita yang dijamin masuk syurga adalah:
  1. Wanita yang menjaga solat (Ambil masa untuk benar2 memahami maksud solat)
  2. Berpuasa di bulan Ramadhan (Yang juga bermakna berpuasa daripada melihat perkara yang lagha (melalaikan))
  3. Menjaga kehormatannya (Yang menjaga harga dirinya, menghiasi diri dengan sifat yang terpuji dan akhlak Islam yang tidak membawa kepada murkaanNya)
  4. Mentaati suaminya
Like what has been said in Part I, dari segi intelek. Delete perkara-perkara yang boleh meng-influence-kan diri. Unfollow people that have less beneficial posts, or mute their posts/stories (To avoid misunderstanding between your friends).

Hati tani lemah. 

Itulah sebabnya kenapa hati ini sangat penting untuk dijaga.

...

And finally, Alhamdulillah. we have reached to Persiapan Ramadhan yang terakhir which is, 

Akal (Mind)

Ramadhan.. a blessed month. Di mana ramai orang banyak mengerjakan amal ibadah.

Banyakkan membaca Quran.

When Ustazah Asma' Harun masih belajar di Mesir, orang-orang di sana, di mana-mana tangan meraka ada al-Quran. Even masa berdiri di dalam bas, tetap akan ada al-Quran di tangan mereka. All of them wanted to make full use of the Ramadhan. Allahu Akbar! Untuk mendapat impact yang diorang dapat ketika Ramadhan atu, diorang dah prepare awal sudah sebelum datangnya Ramadhan.

Antara persiapan kita sebelum memasuki bulan Ramadhan adalah memperbanyakkan membaca al-Quran. Ada orang, mereka dah khatamkan bulan Rejab, bulan Sya'aban. Bagi yang baru nak start khatam, tidak apa. Teruskan hari ini, target dalam sehari satu Juz. In shaa Allah boleh. 

Latihan untuk memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Ramadhan bukan bermula dari 1 Ramadhan, tapi ia bermula dari sekarang (sebelum datangnya bulan Ramadhan).

Operasi Rumah

Bersihkan rumah. Buang segala benda yang tidak elok di dalam rumah, baju-baju yang tidak berpakai. Alihkan dengan satu tempat. Bolehlah nanti sedekah terus (di Brunei usually ada donation drive during Ramadhan, bi idznillah). 

Deco bilik untuk dapatkan suasana baru untuk menyambut Ramadhan. Ubah kedudukan katil, almari, sofa, etc. Ubah deco suasana rumah, maksudnya kalau boleh (untuk Ramadhan ni) banyakkan menggantung ayat-ayat al-Quran. Usually kalau ustazah, ustazah would get bekas kain yang inda lagi digunakan then suruh anak-anak buat decoration 'Ahlan wa Sahlan Ramadhan' then gantung di rumah, kalau dulu-dulu ustazah ada gantung di luar rumah jua, suruh anak-anak lukis bintang, then lekat di dinding luar rumah 'Ahlan wa Sahlan Ramadhan', jiran pun nampak. Maksudnya kita perlu jua membuat sambutan Ramadhan seperti orang menyambut Hari Raya. Sepertimana kita bersihkan lantai, langsir (ketika Raya), sebenarnya Ramadhan patutnya lebih lagi meriah daripada sambutan Raya.

Buat suasana yang berbeza, yang seronok. Supaya kita boleh rasa gembira untuk menyambut bulan Ramadhan.

Jadual

Ibu bapa sepatutnya sudah mula untuk buat jadual untuk anak-anak. A checklist including the parents, sebagai contoh kepada anak. If bukan parents, us - sebagai older sister/brother can do this for our younger siblings. 

Why mesti parents or older sister/brother pun ikut ada jadual? Sebab younger people tend to follow our actions first, then our words.

Make a checklist, niat lillahi ta'ala.

Solat qobliah wa ba'diah, Tahajjud (night prayers/qiam), Solat Dhuha, Baca al-Quran, and the list goes on. Make sure to sama2 tick dalam sehari atu, so that boleh lebih motivated sekiranya ada yang tertinggal/terlupa untuk buat one of the deeds. 

Emosi
Emosi iaitu keseronakkan tani untuk memasuki Ramadhan, emosi yang tenang dan bahagia. Ada orang emosi nya lain ketika memasuki Ramadhan, tidak boleh makan itu ini, feeling unprepared, etc.

Makanan ada dua (2):
  1. Makanan Rohani (Daripada Allah)
  2. Makanan Emosi (Daripada Makhluk)
Sesiapa yang penuh makanan rohaninya, penuh dengan Allah, penuh dengan jiwa. Manusia ada atau tidak adapun, kita tidak akan kisah.

Dan sesiapa yang tidak bahagia dengan makhluk, mereka terlalu banyak makanan 'fizikal'. Siapa yang banyak makan, dia kurang rasa sayang dekat diri dia, kurang rasa kasih sayang.

Orang yang kurang makanan emosi, akan makan banyak.

"Tenang, Bahagia, Gembira"

Tenang adalah makanan rohani yang banyak. (Secret Life with Allah, in Part 1)

Bahagia tu Private Life (in Part 1)

Siapa hatinya tenang, memang akan bahagia.

When ada orang yang kutuk kita, think badly of us,


Apa respond tani? Marah? Sabar? atau bahagia?
"Think of who will I become, don't think of what we will get"
Kalau hati tenang dan hubungan kita dengan Allah bagus, walau ada yang tak suka dengan kita, ada ramai yang fikir negative but we will always see and do good things to others. Walaupun ada masalah, kita masih bahagia. Sebab kalau kita tenang dengan Allah, Allah akan memberikan kebahagian kepada semua makhluk.

Dan siapa yang bahagia jiwanya, senang digembirakan. 

Even if kena bagi the smallest things, dia bersyukur, dia gembira.

Siapa yang tidak bahagia walau apapun yang diberikan, dia masih tidak gembira, ertinya dia belum memaafkan diri mereka.

Manusia yang mengasari, akan belajar mengasari.

Manusia yang disayangi, akan menyanyangi.

Refleksi Diri (Senaman Cermin)

Bangun pagi, tengok cermin. Talk to ourselves. Look at ourselves and doakan anything untuk diri kita. Puji diri sendiri (Self affirmation).

Learn to menghargai roh tani, menghormati diri. Dah berapa lama kita menyakiti dan membebani roh tani? 

It's time to take a break and start appreciating our spirit, -inner self.

Buang segala suara 'biawak', the feeling of 'not good enough'.

Semua orang baik. Semua orang dilahirkan pada asalnya baik. Tiada bayi yang baru lahir dan terus menjadi jahat.

Semua orang baik, cuma inda tahu bagaimana nak jadi baik.

If we see bad things or bad environment, try to change our mindset. Sebab takut apa yang tani lihat atu adalah refleksi daripada diri tani. 

Bila kita hadiahkan seseorang, kata,

"Terima kasih kerana kamu terima hadiah ini. Mungkin Allah hantar saya untuk memberi ini kepada kamu atas kebaikanmu selama ini."

Sebut kebaikannya, tingkatkan 'martabatnya' (dignity). 

Doa

"Doa seorang muslim tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang mejadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata "aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang dia dapatkan." (HR.Muslim : 2733)

Doa dari malaikat lebih makbul daripada doa dari tani sebab malaikat lebih dekat dengan Allah, suci daripada maksiat.

Jadi, jika mahu sesuatu doa untuk dimakbulkan, doakan saudara Islam yang lain secara rahsia. 

Jika berhasil (doa itu dimakbulkan), jangan berkata "Eh aku pernah mendoakan kamu itu, mungkin itu adalah doaku yang termakbul".

Jaga doa. Ia adalah hanya antara kamu, Allah dan malaikat.

Rahsiakan sampat akhir hayat.

Doa adalah kepala pahala. Jika doa tidak dimakbulkan, sangka baik dengan Allah kerana in shaa Allah doa itu akan dikabulkan di akhirat kelak.

Sesungguhnya doa yang dikabulkan di akhirat itu lebih baik dan kekal daripada dikabulkan di dunia.
Wallahu'alam Bissawab.

In shaa Allah that is all from the amazing yet beneficial session with Bonda Prof Muhaya and Ustazah Asma' Harun. May we all can benefit from what is shared, consistent in doing the deeds and may we all dipertemukan dengan bulan Ramadhan dengan keadaan yang sihat wal afiat. May this Ramadhan be the best Ramadhan for all of us this year, aamiin aamiin ya Rabb.

Assalamualaikum Warahmatullah,

م











Comments

Popular posts from this blog

ASC4: Aku Anomalis 👩‍🚀🚀

To whoever is struggling, this is for you...

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah ❤